Ini Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Cyberpunk 2077

Kita dah nak masuk pertengahan tahun 2020 dan ini adalah berita yang baik buat gamers diluar sana yang sudah lama menantikan dengan perasaan excited sekali untuk game terbaharu berjudul Cyberpunk 2077.

Buat yang tidak tahu, Cyberpunk 2077 adalah game terbaharu dibawah payung CD Projekt Red (CDPR), which is syarikat yang sama yang mengeluarkan game The Witcher 3. Yang menarik, antara sebab kenapa ramai yang merasakan excited untuk game Cyberpunk 2077 ini di releasekan adalah ianya adalah projek yang lama sudah dinantikan sejak bertahun-bertahun lagi. Teaser trailer pertama game Cyberpunk 2077 ini dikongsikan oleh CDPR dikeluarkan sejak tahun 2013 lagi, jadi sejak tahun 2013 lagi ramai gamers sudah pun aware tentang game ini.

Jadi bila dah masuk pertengahan tahun 2020, kita juga semakin dekat dengan release date untuk game Cyberpunk 2077. Maka, sebelum korang excited dan tak sabar nak beli game ni, ini adalah benda-benda yang korang kena tahu sebelum main Cyberpunk 2077. Jom usha…

DUNIA NIGHT CITY

Cyberpunk 2077 adalah game dengan konsep Role Playing Game atau RPG, maka didalam game ini, Cyberpunk 2077 terletak disebuah negara bebas yang digelarkan sebagai Night City. Night City adalah sebuah bandar fiksyen yang mempunyai sejarah kewujudannya yang tersendiri, Night City merupakan bandar yang sama dalam francais pertama game versi tabletop RPG (ada map, kad dan pemain harus membalingkan dadu untuk langkah didalam game ini) berjudul Cyberpunk: The Roleplaying Game of the Dark Future yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1988.

Edisi kedua game tabletop RPG berjudul Cyberpunk 2020 pula dikeluarkan pada tahun 1990 bersama dengan sebuah buku sumber yang berjudul Night City. Untuk Cyberpunk 2077, pihak CDPR mengunakan bandar dan latarbelakang yang sama dalam game versi tabletop RPG francais Cyberpunk ini.

MINI GAMES

Dalam sebuah entri yang dikongsikan menerusi laman web Tumblr, menurut salah seorang daripada pihak CDPR, mereka mendedahkan akan ada beberapa mini games didalam dunia Cyberpunk 2077 dimana pemain boleh bermain seperti boxing, racing, target range. Menurut senior level designer CDPR, hacking juga antara kebolehan untuk para pemain gunakan didalam mini games tersebut.

Standard seperti game-game RPG open world yang sedia ada namun ramai yang mengatakan mungkin akan ada lebih lagi mini games yang lain daripada yang lain diciptakan oleh para pencipta CDPR.

TAK PERLU MEMBUNUH

Menurut para developers daripada CDPR, mereka mengatakan para pemain boleh menghabiskan keseluruhan misi-misi didalam dunia Cyberpunk 2077 ini tanpa perlu membunuh atau berlawan mengunakan kekerasan.

Dengan mengunakan hero class Netrunner, ianya akan memberikan pemain kebolehan untuk activate dan upgrade kuasa-kuasa hacking didalam tubuh badan. Jadi dengan class Netrunner ini pemain boleh mengunakan kuasa-kuasa hacking untuk take down musuh-musuh yang ada dan kawal segala pengerakkan mengunakan sistem hacking.

KEANU REEVES DAN ARTIS LAIN

Antara benda yang cool yang menyebabkan hype yang berteruskan untuk game Cyberpunk 2077 ini juga adalah disebabkan ianya juga turut menampilkan aktor terhebat Hollywood, Keanu Reeves yang memegang watak sebagai Johnny Silverhand. Watak Johnny Silverhand ini dikatakan adalah seperti rogue ghost yang hanya akan berinteraksi dengan pemain Cyberpunk 2077. Walaupun cerita disebalik watak Johnny Silverhand ini masih lagi belum jelas, namun ramai yang mengatakan watak ini adalah antara watak penting didalam klimaks Cyberpunk 2077.

Selain penampilan Keenu Reeves, penyanyi terkenal Lady Gaga juga turut dikatakan akan membuat penampilan khas didalam Cyberpunk 2077.

MULTIPLE BEGINNING / ENDING

Didalam Cyberpunk 2077, pemain akan memegang watak hero yang dikenali sebagai V, dan pemain juga diberikan pilihan untuk mencipta rupa, style watak V ini. Pemain juga boleh memilih beberapa benda yang akan memberikan watak V ini “Origin Story” yang tersendiri.

Dengan adanya “Origin Story” untuk watak V, ianya akan memberikan effect kepada cara kehidupan watak V ini serta dialog-dialog tambahan yang digunakan dimana pemain boleh memilih untuk berinteraksi sewaktu meneruskan mission didalam Cyberpunk 2077. Kiranya “Origin Story” ini menentukan cara permulaan kehidupan V didalam Cyberpunk 2077.

Selain “Origin Story” yang berlainan. Cyberpunk 2077 ini juga turut dilengkapkan dengan multiple endings yang boleh dimainkan. Pemain juga boleh memilih option “No kill playthrough” yang akan memberikan kesan serta perubahan yang besar kepada storyline Cyberpunk 2077.

Pihak CDPR juga turut mendedahkan terdapat juga pilih dimana pemain boleh menghabiskan keseluruhan game Cyberpunk 2077 tanpa sebarang kuasa Cybernetic augmentations yang di implan didalam badan V. Jadi pemain boleh complete game Cyberpunk 2077 seratus peratus mengunakan kuasa sebagai seorang manusia.