Xbox Series X sah akan dilancarkan November 2020!

Xbox hari ini mengumumkan bahawa Xbox Series X telah beralih daripada tarikh pelancaran “cuti 2020” yang tidak jelas dan disahkan akan keluar pada bulan “November“. Tidak ada tarikh tepat yang diberikan buat masa ini, dan tidak ada berita eksplisit lain mengenai Xbox Series X tetapi pengumuman ini muncul tepat bersama penangguhan Halo Infinite sehingga 2021 yang bermaksud ia tidak akan dilancarkan bersama dengan konsol next-gen tersebut.

“Akan ada beribu-ribu permainan video untuk dimainkan, yang merangkumi empat generasi, ketika Xbox Series X dilancarkan di seluruh dunia pada bulan November ini dan lebih daripada 100 yang dioptimumkan untuk Xbox Series X, bagi memanfaatkan sepenuhnya konsol paling kuat kami yang dirancang pada tahun ini.

Dan bersama fitur-fitur konsol baru seperti Direct X raytracing yang dipercepat perkakasan, framerate hingga 120 bingkai sesaat, load time yang lebih cepat, dan Quick Resume untuk beberapa permainan video, “bermain” akan kelihatan dan terasa lebih baik, tidak kira permainan video mana yang anda pilih untuk bermain pada hari pertama.” -Will Tuttle, Ketua Pengarang Xbox Wire.

Seperti yang dinyatakan di atas, Xbox Series X kini siap untuk dilancarkan pada November 2020Xbox masih belum secara rasmi mengesahkan versi konsol generasi next-gen Xbox Series S yang sedikit kurang berkuasa, tetapi kewujudannya telah dibuktikan. Anda boleh melihat semua liputan Xbox kami yang lama di sini.

Apa pendapat anda tentang konsol Xbox next-gen? Adakah ia benar-benar siap untuk pelancaran November? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.