Kemaskini The Last of Us Part II menambah Grounded difficulty, Permadeath mode dan banyak lagi!

Baru semalam kami mendapatkan perkongsian kemungkinan terdapat kemaskini terbaru oleh kerana terdapat trofi Permadeath dalam kemas kini terbaru. Nampaknya Naughty Dog dan PlayStation telah mengesahkannya dan dalam kemaskini di The Last of Us Part II ini akan menampilkan ciri baru, mod gameplay, Trofi dan banyak lagi termasuk Grounded difficulty! Paling menarik semua ini akan datang.

Grounded difficulty kembali ditambah pula dengan mod Permadeath! 

Pada veteran dalam permainan asal The Last of Us, anda pasti tahu bahawa Grounded difficulty mewakili ujian ultimate skil! Kesukaran ini meningkatkan taraf bukan hanya menjadikan musuh lebih sukar dimatikan, sebaliknya ammo, upgrade dan crafting materials makin sukar dijumpai. Selain itu ia juga menutup Listen mode, elemen HUD dan banyak lagi! Bermula dengan kemas kini, Grounded akan menjadi salah satu pilihan kesukaran asas yang tersedia semasa memulakan cerita, jadi anda tidak perlu mengalahkan permainan sekali lagi untuk mengaksesnya.

Sebagai tambahan lapisan pada misi, ada juga mod Permadeath. Dengan mod kustom ini dibuka, tiada lagi peluang kedua! Anda perlu menyelesaikan keseluruhan permainan tanpa mati atau bermula kembali dari awal permainan! Walaubagaimanapun, jika anda rasa keseluruhan permainan terasa terlalu menakutkan, anda boleh memilih untuk mengaktifkan mod Permadeath dengan checkpoint berdasarkan setiap chapter atau per-act basis.. Dengan kata lain, jika anda mati pada akhir Hari Pertama, anda harus bermain sepanjang hari sekali lagi.

Dalam kesusahpayaan ini, janga risau! Anda akan mendapat ganjaran atas usaha anda! Kemaskini Grounded ini membawa dua jenis Trofi baru: satu – dengan menyelesaikan permainan dengan Permadeath mode enabled dan kedua- kerana mengalahkannya pada Grounded difficulty.

Grafik baru, Audio dan Gameplay Modifiers

Pernah terfikir The Last of Us Part II dapat dilihat sepeti era retro 8-bit? Atau filem hitam putih atau tonasi sephia? Dalam kemaskini kali ini, Naughty Dog membawa mod render sehingga 30 pilihan dan termasuk Audio Modifiers baru yang membenarkan anda mengubah pandangan dan rasa dalam permainan ini!

Terdapat debut memulakan pengubah suai gameplay modifiers yang tidak dapat dikunci, seperti One Shot atau Touch of Death yang membolehkan membunuh satu kali atau Infinite Ammo, Infinite Crafting, atau Infinite Listen Mode Range untuk menambahkan sentuhan baru pada permainan:

  • Mirror World
  • Mirror on Death
  • Slow Motion
  • Bullet Speed mode
  • Infinite Ammo
  • Infinite Crafting
  • Infinite Melee Durability
  • Infinite Listen mode Range
  • One Shot
  • Touch of Death
  • 8-bit Audio
  • 4-bit Audio
  • Helium Audio
  • Xenon Audio

Semua modifiers boleh diakses via menu Extras dan dapat dibuka selepas menyelesaikan permainan.

Pilihan dan penambahbaikan baru

Dibawa bersamamod terbaru ini, Naughty Dog turut memberi penambahbaikkan baru termasuk pilihan untuk mematikan Listen Mode, adjust Film Grain levels, additional display options, improvements to accessibility features dan banyak lagi. Selain itu, keupayaan ditambah untuk melihat masa bermain hingga detik dalam saves menu, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan dan mengesahkan penggerakkan anda. Berikut adalah gambaran keseluruhan ringkas mengenai ciri baru yang akan ditambah dengan kemas kini Grounded :

  • Paparan Save now dilajukan
  • Pilihan Film Grain Adjustment
  • Pilihan Disable Listen Mode
  • Pilihan Motion Sensor Function Aiming
  • Pilihan Paparan Arc Throw HUD
  • Pilihan Aiming Acceleration Scale
  • Pilihan Aiming Ramp Power Scale
  • Accessibility improvements pada Ground Zero encounter, collectible tracking, Enhanced Listen Mode for collectibles dan rope gameplay